UUM ONLINE: Setelah 35 tahun menyemai Ilmu, Budi dan Bakti di Universiti Utara Malaysia (UUM), Prof. Dato’ Seri Dr. Mohamed Mustafa Ishak telah menamatkan perkhidmatannya sebagai Profesor di UUM Kampus Kuala Lumpur, sekali gus mengakhiri tempoh jawatan Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi, Jabatan Pendidikan Tinggi (JPT) di Kementerian Pengajian Tinggi (KPT).

UUM ONLINE: Tahun 2021 dibuka dengan lembaran baru setelah kita melalui pelbagai cabaran dengan isu-isu yang melanda dunia iaitu pandemik Covid-19 sehingga ia memberi impak besar kepada semua dalam pelbagai aspek termasuk sistem pendidikan negara.

Sunday, 17 January 2021 12:43

SETINGGI-TINGGI TAHNIAH & SELAMAT DATANG

 
Diucapkan kepada Prof. Madya Dr. Lily Julienti Binti Abu Bakar atas pelantikan sebagai Pengarah Pusat Alumni Universiti Utara Malaysia.
Sunday, 17 January 2021 12:40

SELAMAT DATANG & SELAMAT BERTUGAS

Encik Halim bin Md. Yatim sebagai Penolong Pengarah, Pusat Alumni UUM. Beliau merupakan alumni UUM Sarjana Muda Pengurusan Perniagaan (2000).

Tuesday, 05 January 2021 12:08

ALUMNI UUM DILANTIK CEO UM SPECIALIST CENTRE

 
Diucapkan kepada Puan Norzaiton Senusi | Sarjana Muda Perakaunan (1997) atas pelantikan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif, UM Specialist Centre (UMSC) berkuat kuasa pada 4 Januari 2021.
Tuesday, 01 December 2020 09:51

ALUMNI UUM DILANTIK TIMBALAN BENDAHARI UUM

 
Diucapkan kepada Saudara Abdul Roni Bin Baharom, Sarjana Sains (Pengurusan) (2016) di atas pelantikan sebagai Timbalan Bendahari Jabatan Bendahari Universiti Utara Malaysia. 

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada semua warga Alumni UUM yang disayangi.

Pengurusan Universiti mendoakan agar semua Alumni berada dalam keadaan sihat bersama keluarga tersayang khususnya ketika menjalani Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang kini sudah memasuki Fasa Ketiga. Dalam menghadapi situasi yang kritikal dan sukar ketika berhadapan dengan pandemik COVID-19 ketika ini, pihak Pengurusan Universiti sentiasa prihatin dan mengambil berat kebajikan pelajar, kakitangan dan Alumni UUM. 

Pada 20 November lalu Pusat Alumni UUM telah menerima sumbangan 10 unit komputer riba daripada alumni-alumni Universiti Utara Malaysia di Bangi.
Sumbangan yang diterima oleh Pengarah Pusat Alumni sendiri Dr. Muslimin Wallang sedikit sebanyak dapat membantu dalam menjayakan "Projek Bantuan Laptop B40 UUM".
Seterusnya komputer riba tersebut diserahkan kepada Prof. Madya Dr. Rajwani Md. Zain, Pengarah Bahagian Perkhidmatan dan Sokongan Pelajar (SSSD),
Jabatan Hal Ehwal Pelajar UUM oleh En.Omar Ibrahim, Penolong Pengarah Kanan Pusat Alumni untuk diagihkan kepada pelajar-pelajar dari golongan B40 yang layak.
Turut hadir En. M. Shahadat Nordin, Penolong Pengarah SSSD.
 
Kepada alumni-alumni UUM yang berhajat untuk menyumbang boleh hubungi Pusat Alumni UUM di talian 04-928 4036 atau SSSD 04-928 4083.
Sekian

Oleh : Omar Ibrahim

Gambar : Wan Mohd Iskandar

Pusat Alumni Universiti Utara Malaysia (UUM) telah menganjurkan program Majlis Bacaan Yassin & Tahlil sempena Hari Alumni UUM bagi tahun 2020.

Majlis yang berlangsung di Masjid Sultan Badlishah, UUM dihadiri oleh Penolong Pengarah Kanan Pusat Alumni En Omar Ibrahim, alumni-alumni UUM, serta Staf UUM.

Bacaan Yassin dan tahlil diketuai oleh Ustaz Firdaus iaitu Pegawai Hal Ehwal Agama, Pusat Islam UUM untuk memperingati tenaga pengajar, alumni UUM beragama islam yang telah meninggal dunia dan majlis diakhiri dengan jamuan ringan yang disumbang oleh alumni UUM.

Hari Alumni UUM ditetapkan setiap 30 Julai sempena tarikh Konvokesyen UUM yang pertama pada 30 Julai 1988.

 

 

Page 29 of 31