Oleh: Siti Fatimah Abdullah
Gambar oleh: Muhammad Shamsul Shafie
UUM ONLINE: Alumni UUM, Shazmi Ali Sardar Ali memperuntukkan sebanyak RM22,000 sebagai biasiswa kepada 11 pelajar bagi meneruskan pengajian dengan lebih bersemangat di UUM.
Naib Presiden SHELL Malaysia yang juga Profesor Adjung School of Business Management (SBM) dan Ahli Majlis Eksekutif Persatuan Alumni UUM itu berharap usaha yang dilakukan ini menjadi pemangkin dan inspirasi kepada lebih ramai alumni untuk tampil memberi sumbangan.
Oleh: Siti Fatimah Abdullah
Gambar oleh: Shamsaimi Ezil
RUGI BESAR JIKA TINGGAL AL-QURAN – USTAZ DON
UUM ONLINE: Masih segar dalam ingatan Ustaz Don Daniyal Don Biyajid amanat terakhir daripada Almarhum Tuan Guru Haron Din yang mewasiatkannya sentiasa berpegang teguh kepada al-Quran seumur hidup.
UUM ONLINE: Putrajaya - Kunjungan hormat yang dibuat oleh Naib Canselor Universiti Utara Malaysia (UUM), Prof. Dr. Haim Hilman Abdullah ke atas Ketua Pengarah Institut Pembangunan dan Kecemerlangan Kepimpinan (i-LEAD), Kementerian Belia dan SUkan (KBS), Mohd Haswandi Ahmad di Kementerian Belia dan Sukan, baru-baru ini telah membuka peluang kerjasama antara kedua-dua organisasi.
Oleh: Samsudin Oli Mohamed
Gambar oleh: Shamsaimi Ezil
UUM ONLINE: Sintok - Alumni adalah ‘Duta Universiti’, maka agenda utama setiap universiti adalah untuk memastikan hubungan yang berterusan secara strategik bersama-sama alumni.
Berita oleh: Muhammad Hafizal Faiz
Gambar oleh: Anis Zulaikha
KENALI PENCIPTA LOGO UUM SEMPENA HARI PENGASASAN UUM KE-38
Oleh: Samsudin Oli Mohamed
Gambar Oleh: Nurul Najihah Azhan
UUM ONLINE: Sintok - Universiti Utara Malaysia (UUM) akan menyambut ulang tahun Hari Pengasasannya ke-38 pada 16 Februari 2022 ini.
Oleh: Aina Arrmiza Razif (Pelajar Pelatih dari UiTM)
Gambar oleh: Abdul Halim Husain
UUM ONLINE: Universiti Utara Malaysia (UUM) terus menghulurkan bantuan kepada negeri terjejas banjir dan kali ini memfokuskan penduduk di Labis dan Sekijang di Johor.
Oleh : Maizatul Akmar Zulkafli
Gambar : Media Alumni
UUM Online: Kuala Lumpur- Seramai 16 orang alumni UUM telah menghadiri sembang santai bertempat di He & She Coffee cawangan SME BANK pada 4 disember lalu.
Antara yang terlibat dalam sesi ngopi santai ialah Prof. Madya Dr. Hendrik Lamsali, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar), dan Prof. Madya Dr. Lily Julienti Abu Bakar, Pengarah Pusat Alumni UUM, wakil pasukan Alumni FC, Round Table Discussion (RTD) dan alumni-alumni muda UUM.
Oleh: Maizatul Akmar Zulkafli
Media: Muhammad Hafizal Faiz Suhaime
UUM Online: Sintok- Marrybrown Cawangan Alor Setar telah menyerahkan tajaan baucer Marrybrown kepada 2,600 pelajar Universiti Utara Malaysia (UUM) pada 5 Disember 2021 lalu.
Baucer tersebut telah diserahkan sendiri oleh Francais Operator, Norharizan Hj Hussain kepada Prof. Madya Dr. Hendrik Lamsali, TNC HEPA bertempat di Bangunan Canselori.
Norharizan merupakan Alumni UUM tahun 2018 (Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan) dan 2019 (Sarjana Pentadbiran Perniagaan). Beliau juga merangkap rakan kolaborasi UUM Alumni Privilege Card.
Dalam pertemuan itu, beberapa perkara telah dibincangkan, antaranya seperti kerjasama atau pemain industri dan universiti untuk pembangunan pelajar dan universiti.
Turut terlibat dalam sesi penyerahan tersebut ialah Pengarah Pusat Alumni UUM, Prof. Madya Dr. Lily Julienti Abu Bakar.
Berita dan gambar oleh: Siti Nor Faizah Mohd Basir
UUM ONLINE: Serdang - Majlis Kemuncak Sambutan Hari Universiti Awam Malaysia telah diadakan pada 8 Disember 2021 bertempat di Universiti Putra Malaysia (UPM).
Majlis yang bertujuan meraikan ulang tahun pertama penubuhan Majlis Alumni Universiti Awam Malaysia ini dianjurkan dengan bertemakan alumni universiti awam dalam kebersamaan. Pemilihan tema ini adalah untuk menggambarkan alumni universiti awam sebagai suri teladan dan agen perubahan yang banyak menyumbang idea, kepakaran, tenaga dan pendanaan kepada pembangunan kecemerlangan universiti tercinta.
Majlis telah dirasmikan oleh Encik Ahmad Rizal Adnan, Pengarah Bahagian Governance IPTA Jabatan Pendidikan Tinggi, Kementerian Pengajian Tinggi.
Dalam ucapan perasmiannya, Ahmad Rizal menyatakan bahwa majlis seperti ini dapat mengukuhkan interaksi dan penglibatan antara alumni dan universiti.
Tambah beliau, majlis ini juga dapat mendorong alumni untuk terus mendampingi universiti demi kelangsungan pembangunan dan pemerkasaan sesebuah universiti, sekaligus dapat mengangkat imej pengajian tinggi negara.
Beliau turut mengucapkan syabas dan tahniah kepada Majlis Alumni Universiti Awam Malaysia atas penganjuran Sambutan Hari Alumni Universiti Awam 2021 buat julung-julung kalinya.
Sementara itu, majlis turut diserikan dengan gimik pelancaran dua buah projek daripada universiti awam iaitu Alumni Information System (AIS) oleh Universiti Putra Malaysia (UPM) dan UUM Alumni Privilege Card daripada Universiti Utara Malaysia (UUM) yang pastinya akan memberi manfaat kepada alumni.
Turut hadir, timbalan - timbalan naib canselor, pengarah - pengarah pusat alumni serta pegawai - pegawai dari semua universiti awam Malaysia.
UUM ONLINE: Universiti Utara Malaysia (UUM) signed Memoranda of Understanding (MoU) with five companies to collaborate in upholding the entrepreneurial agenda at UUM. The signing ceremony took place at the Vice-Chancellor's Meeting Room, yesterday afternoon.
UUM ONLINE: Kedudukan Universiti Utara Malaysia (UUM) dalam Times Higher Education (THE) World University Rankings yang sentiasa menunjukkan peningkatan memberangsangkan telah menarik perhatian pakar data THE untuk memilih UUM sebagai penerima anugerah THE Awards Asia 2021 bagi kategori THE DataPoints Improved Performance Awards yang diumumkan dalam THE Awards Asia ke-3, semalam.