Sunday, 02 August 2020 14:45

MAJLIS BACAAN YASSIN & TAHLIL SEMPENA HARI ALUMNI 2020

Written by

Oleh : Omar Ibrahim

Gambar : Wan Mohd Iskandar

Pusat Alumni Universiti Utara Malaysia (UUM) telah menganjurkan program Majlis Bacaan Yassin & Tahlil sempena Hari Alumni UUM bagi tahun 2020.

Majlis yang berlangsung di Masjid Sultan Badlishah, UUM dihadiri oleh Penolong Pengarah Kanan Pusat Alumni En Omar Ibrahim, alumni-alumni UUM, serta Staf UUM.

Bacaan Yassin dan tahlil diketuai oleh Ustaz Firdaus iaitu Pegawai Hal Ehwal Agama, Pusat Islam UUM untuk memperingati tenaga pengajar, alumni UUM beragama islam yang telah meninggal dunia dan majlis diakhiri dengan jamuan ringan yang disumbang oleh alumni UUM.

Hari Alumni UUM ditetapkan setiap 30 Julai sempena tarikh Konvokesyen UUM yang pertama pada 30 Julai 1988.

 

 

Media