Sunday, 13 September 2020 14:19

ALUMNI UUM JELAJAH MERDEKA @ BUKIT BUNGA RAYA

Written by

Oleh : Hafizal Faiz

Gambar : Wan Mohd Iskandar

Sempena menyambut Hari Kemerdekaan ke-63, Pusat Alumni Universiti Utara Malaysia (UUM) menganjurkan program Alumni Engagement: Jelajah Merdeka Bukit Bunga Raya (BBR).Program ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada Alumni dan Staf UUM mengenai sejarah Lembah Sintok yang diisytiharkan oleh Kerajaan Malaysia sebagai Kawasan Hitam pada zaman Komunis.

Pengarah Program, Khairul Azman Rohim objektif program ini selain daripada menyemarakkan sambutan bulan kemerdekaan negara, ia juga bertujuan untuk menguji tahap fizikal dan mental para peserta sepanjang pendakian Bukit Bunga Raya.

“Walaupun BBR ini tidak terlalu tinggi, tetapi keadaan trek yang agak landau dan tinggi mampu menguji tahap stamina para peserta”,ujarnya.

“Semangat kerjasama dalam pasukan amat penting dalam membantu rakan-rakan hingga sampai ke puncak BBR, itulah yang kita mahu terapkan dalam diri kalangan alumni-alumni UUM. Walaupun mereka sudah tamat belajar di UUM, tetapi hubungan silaturahim antara alumni dan universiti kekal selamanya sampai bila-bila”, ujarnya lagi.

Program ini turut disertai oleh Pengarah Pusat Alumni, Dr. Muslimin Wallang, staf-staf UUM dan juga alumni UUM. Para peserta program berpeluang menghayati dan menghargai keindahan alam semulajadi yang kekal terpelihara sehingga sekarang.

Media