UUM ONLINE: Program Sarjana Pentadbiran Perniagaan (MBA) Othman Yeop Abdullah Graduate School of Business (OYAGSB) telah menjadi pilihan utama SME Bank dan Kumpulan Darul Ehsan Berhad Waste Management (KDEBWM) untuk menaja penuh staf mereka bagi melanjutkan pengajian ke peringkat sarjana di Universiti Utara Malaysia (UUM).
OLEH: FAIZATUL FAUZI
GAMBAR OLEH: HAFIZAL FAIZ
Sik: Pusat Alumni dengan kerjasama Pusat Pengajian Pengurusan Pelancongan, Hospitaliti dan Acara (STHEM) telah menziarahi ke rumah keluarga Allahyarhamah Noor Hassaniah binti Hassan 33 tahun yang merupakan alumni pelajar Sarjana Muda Pengurusan Pelancongan yang meninggal dunia pada 28 Februari 2021 yang lalu.
Dalam kunjungan ke rumah keluarga allahyarhamah yang terletak di Kampung Kuala Reman, Jeniang Kedah itu, Pengarah Pusat Alumni, Prof Madya Dr Lily Julienti Abu Bakar mewakili pihak universiti telah menyampaikan sumbangan Tabung Kebajikan Alumni UUM sebagai tanda ingatan di samping membantu meringankan beban yang ditanggung oleh ahli keluarga allahyarhamah.
Turut hadir Penolong Pengarah Pusat Alumni, Encik Halim Md Yatim dan wakil daripada STHEM, Encik Muhamad Nizam Saadin serta staf pentadbiran.