Webmaster 2

Webmaster 2

ALOR SETAR, 27 Februari: Pusat Alumni Universiti Utara Malaysia (UUM) telah menganjurkan Forum Keusahawanan Silang Budaya: Kepentingan Ilmu dalam Menerajui Perniagaan yang bertempat di Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) Negeri Kedah.

Pengarah program berkata, seramai 73 orang terdiri daripada Dewan Perniagaan Melayu Malaysia  Negeri Kedah, Dewan Perniagaan Cina Malaysia, Dewan Perniagaan India Malaysia, Perlis Chinese Assembly Hall dan turut terlibat Pensyarah Keusahawanan Universiti Utara Malaysia (UUM).

Selain itu, forum yang bertemakan kepelbagaian budaya ini merupakan satu platform bagi perkongsian pengalaman, amalan terbaik dan pendekatan inovatif dalam kepentingan menerajui ilmu untuk diaplikasi dalam perniagaan.

Forum Keusahawanan Silang Budaya menampilkan tiga (3) panel yang mempunyai latar belakang yang berbeza serta terdiri daripada Melayu, Cina dan India sekaligus merupakan alumni Universiti Utara Malaysia.

Di samping itu, Forum Keusahawanan Silang Budaya: Kepentingan Ilmu dalam Menerajui Perniagaan telah dirasmikan oleh Tuan Haji Zulkifli bin Khamis, Timbalan Yang Dipertua Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) Negeri Kedah.

Sunday, 03 March 2024 15:46

Program Alumni UUM@Komuniti

YAN, 3 Mac 2024: Universiti Utara Malaysia (UUM) telah menjalankan Program Tanggungjawab Sosial Korporat (USR) melalui Pusat Alumni UUM dengan kerjasama Pusat Khidmat Wakil Rakyat Sungai Limau yang diadakan di Sekolah Rendah Integrasi Islam (SRITI) Pusat Tahfiz Ibnu Abbas yang merupakan sebuah inisiatif penting membina jalinan hubungan yang lebih dekat serta memberi manfaat secara langsung kepada komuniti.

Pusat Khidmat Wakil Rakyat Sungai Limau juga sudi bekerjasama dalam menjayakan program ini dalam memberikan khidmat kepada komuniti.  Program ini telah dirasmikan oleh EXCO Pendidikan, Agama, Komunikasi dan Penerangan Negeri Kedah iaitu Yang Berhormat Ustaz Mohd Azam bin Abd Samat.

Sesi motivasi kepada pelajar berjumlah 41 orang yang bakal menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) Tahun 2024/2025 disampaikan oleh Prof. Madya Dr. Hendrik Lamsali, Pensyarah Universiti Pusat Pengajian Pengurusan Teknologi dan Logistik (STML).

Kumpulan Ladang-Ladang Perbadanan Kedah juga turut memberikan sumbangan keperluan asas seperti beras, gula,bihun kepada komuniti sekitar yang berjumlah 42 orang. Rumah asnaf yang terpilih untuk dibuat penambahbaikan pula ditaja oleh HL Padu Entereprise. Alumni-alumni UUM bukan sahaja kembali berbakti menyumbangkan ilmu tetapi juga sumbangan penajaan program.

Pusat Alumni mengucapkan berbanyak terima kasih kepada semua rakan kerjasama iaitu Pusat Khidmat Wakil Rakyat Sungai Limau, Kumpulan Ladang-Ladang Perbadanan Kedah, HL Padu Entreprise, Let’s Play Perfomance, Pulun Cetak CPH.

 

 

Friday, 20 September 2024 09:55

Mai Balik UUM

Event Details:

  • Date: 20 – 22 September 2024
  • Location: UUM

Event Details:

  • Date: 18 Ogos 2024
  • Location: Usrah Associates Plt, Ayer Keroh, Melaka
Page 68 of 100