SINTOK – Majlis Makan Malam Alumni bertemakan ‘Golden Navy Blue: A Night to Reunite’ sempena Program Mai Balik UUM menjadi detik yang sangat berharga untuk merapatkan silaturahim dan menghidupkan kembali kenangan indah alumni bersama universiti tercinta.
Naib Canselor, Prof. Dato’ Dr. Mohd Foad Sakdan menyifatkan alumni sebagai aset yang paling berharga buat UUM.
“Kejayaan dan pencapaian yang anda raih di luar sana adalah cerminan kepada keunggulan institusi ini. Setiap pencapaian anda adalah kebanggaan bagi diri sendiri dan juga bagi universiti yang telah mendidik dan membimbing anda.
“UUM amat menghargai sokongan anda dalam memperkukuhkan nama universiti di peringkat kebangsaan dan antarabangsa. Dengan jaringan alumni yang kuat dan berdedikasi, universiti ini akan terus cemerlang,” kongsinya.
Ujarnya, peranan setiap alumni dalam menyumbang kembali kepada alma mater amat penting sama ada melalui tenaga, idea, kepakaran, atau kewangan.
“Sokongan anda terus membantu universiti untuk memperkasa pelajar, melaksanakan program berimpak tinggi dan mengukuhkan penyelidikan berkualiti.
“Saya ingin mengajak semua untuk terus menyumbang dalam apa jua bentuk yang termampu agar kita dapat melahirkan lebih ramai graduan yang cemerlang dan berkualiti,” ucapnya di Dewan Mu’adzam Shah, malam tadi.
Jelasnya, majlis ini untuk mengenang perjalanan alumni di universiti dan menatap masa depan dengan harapan dan cita-cita baharu selain membuka peluang untuk lebih banyak kolaborasi dan sokongan dalam pelbagai bidang.
Sementara itu wakil Alumni, Dato’ Ramli Mohd Tahir menyeru semua alumni untuk terus berbakti kepada UUM agar universiti ini terus mencapai kecemerlangan di masa hadapan.
“Universiti bukan sahaja memberi ilmu malah merakamkan kenangan indah pada kami. Hebat macam manapun kita, jangan lupakan Universiti Utara Malaysia.
“Universiti ini milik kita bersama jadi tunjukkan sokongan, sumbangan dan kasih sayang untuk memulangkan semula kepada universiti tercinta mengikut bidang masing-masing.
“Hidup ini terlalu pendek, jangan pernah lupakan ibu bapa dan pensyarah yang telah banyak berjasa mendidik kita sehingga berjaya,” katanya.
Menerusi program ini katanya, alumni berpeluang kembali ke alam universiti untuk berkongsi cerita, pengalaman dan melakukan aktiviti rekreasi yang amat menyeronokkan selain memberi kenangan yang tidak dapat dilupakan.
“Pertemuan ini telah memberi peluang pada kita untuk kembali kepada alma mater dengan menyuburkan semangat kekitaan, saling menghormati dan berkongsi aspirasi, pencapaian, kejayaan dan masa depan UUM,” ujarnya.
Program Mai Balik UUM 2024 anjuran Pusat Alumni UUM julung kali diadakan bersempena Sambutan Tahun Melawat UUM 2024 dan Sambutan Hari Pengasasan UUM yang ke 40 berlangsung dari 20 – 22 September.
Pelbagai aktivti menarik antaranya Jom Pi Jenguk Bilik Lama, Konvoi Alumni Bikers dan U Riders Sempena Maulidur Rasul, Kenduri Alumni, ‘Back To School’, Discover UUM, Senamrobik, Konvoi Kenderaan Bernombor Plat UUM, Tahlil, Perlawanan Persahabatan Bola Sepak dan golf.
SINTOK, 21 MAC 2024 – Sekitar lebih 80 orang tetamu yang terdiri daripada anak-anak yatim Pusat Jagaan Baitul Saba, alumni dan pelajar Universiti Utara Malaysia (UUM) menghadiri Majlis Ihya’ Ramadan anjuran Pusat Alumni UUM. Ia berlangsung di EDC UUM. Majlis ihya’ itu berjaya dilaksanakan yang bertujuan untuk meraikan anak-anak yatim, alumni dan pelajar yang tidak pulang ke kampung sepanjang bulan Ramadan ini.
Pengarah Pusat Prof. Madya Dr. Lily Julienti berkata, Pusat Alumni terus memainkan peranannya dalam mengikat kebersamaan di kalangan alumni itu sendiri melalui komitmen dalam menyalurkan sumbangan.
Majlis Iftar itu turut diisi dengan tazkirah ramadan yang disampaikan oleh Dr. Mohd Faisal bin Mustaffa. Beliau merupakan Timbalan Ketua Eksekutif (Operasi), Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) dan juga merupakan alumni Sarjana Sains (Kaunseling) tahun 2014 serta Doktor Falsafah (Pengurusan Media) tahun 2021.
Ngopi Raya Alumni Sabah: Menggamit Kembali Kenangan dan Mempererat Hubungan
Di tengah kemeriahan aldilfitri, para alumni berkumpul dalam acara "Ngopi Raya Alumni Sabah" yang diadakan di Absolute Cafe & Kitchen, Kota Kinabalu, Sabah. Acara yang dihadiri oleh lebih dari 40 alumni dari berbagai batch ini menjadi momentum yang istimewa untuk menggamit kembali kenangan masa-masa kuliah dan mempererat hubungan di antara mereka.
Dalam suasana yang penuh kehangatan, para alumni saling berbagi cerita tentang perjalanan hidup masing-masing setelah meninggalkan universiti. Dari kisah sukses di dunia profesional hingga kisah-kisah lama semasa belajar, setiap cerita menjadi inspirasi bagi yang lainnya.
"Ngopi bersama alumni adalah momen yang ditunggu-tunggu kerana dapat mendapat info terkini tentang UUM. Ini bukan hanya tentang ngopi, tetapi juga tentang mempererat kembali ikatan yang telah terbentuk di masa lalu," ujar Puan Marion, salah satu alumni tahun 1991 yang hadir dalam acara tersebut.
Tidak hanya itu, acara ini juga menjadi platform untuk berbagi pengalaman dan memberikan motivasi kepada alumni yang baru saja memasuki dunia kerja. Dengan berbagai tips dan saran yang diberikan oleh para alumni senior, diharapkan para lulusan baru dapat meraih kesuksesan seperti yang telah dicapai oleh para pendahulunya.
"Acara semacam ini sangat penting untuk mempertahankan hubungan antara alumni dan juga sebagai sarana untuk memberikan motivasi kepada yang lebih muda. Saya sangat berterima kasih atas kesempatan ini," tambah Esther, salah satu alumni yang baru saja lulus.
Tak hanya sekadar berkumpul dan bercerita, acara ini juga diramaikan dengan sesi bergambar antara alumni tanah merah dan alumni kampus Sintok.
"Semoga acara ini dapat terus dilakukan setiap tahunnya dan semakin mempererat hubungan di antara kami sebagai keluarga besar alumni," tutup Nora, alumni UUM yang sekarang berkhidmat di Universiti Malaysia Sabah.
Dengan penuh harap dan semangat, para alumni berpisah dengan janji untuk bertemu kembali di program Mai Balik UUM yang akan diadakan pada 20 hingga 22 September 2024 di UUM. Sambil menghirup secangkir kopi cicah bahulu yang dibawa khas dari Kedah, mereka membawa pulang kenangan indah dan energi positif untuk melangkah ke depan dalam perjalanan kehidupan masing-masing.
Pn marion alumni 1991 batch pertama yg konvo di sintok (Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Awam). Urusetia program dari pusat alumni dihadiri oleh pengarah dan TP yg dalam masa yg sama menghadiri bengkel perancangan strategik majlis alumni di UMS.