Oleh: Putri Lailatul Nadhirah
Gambar: Media Alumni
Alumni Mentoring: Pembangunan Kerjaya Masa Hadapan
UUM Online: Sintok- Webinar bertajuk Pembangunan Kerjaya Masa Hadapan anjuran Pusat Alumni Universiti Utara Malaysia (UUM) menjadi satu inisiatif bagi mereka yang mengikuti program untuk menambah ilmu sebelum melangkah ke alam pekerjaan.
Webinar ini yang disiarkan secara langsung di Facebook rasmi Alumni Universiti Utara Malaysia (UUM), pada hari Ahad, 22 Ogos 2021 telah mendapat sokongan bersama daripada Pusat Pembangunan UUM (CDC UUM) dan Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO).
Pengarah Pusat Pembangunan Kerjaya UUM, Ts. Dr. Mathivannan Jaganathan yang juga merupakan alumni UUM dalam Sarjana Muda Pengurusan Teknologi (2007), Sarjana Pentadbiran Perniagaan (2008), dan Doktor Falsafah (Pengurusan) pada tahun 2020 dijemput sebagai panel pertama bagi program lalu. Dr. Mathi dalam perkongsian menekankan tentang kepentingan “Digital Talent” dalam membantu pembangunan diri seseorang, khususnya dalam pembangunan kerjaya pada era digital kini.
Pegawai Perkhidmatan Pekerjaan (Pengkhususan Perkhidmatan Sokongan Industri), Nik Nur Dinie Nik Zamani dan Pegawai Perkhidmatan Pekerjaan (Pengkhususan Program Universiti dan Pemerkasaan Graduasi), Farah Wahidah Anuar turut hadir sebagai wakil dari pihak PERKESO.
Farah Wahidah dalam pembentangannya memberitahu bahawa Perkeso telah menyediakan portal “MyFutureJobs” yang berperanan sebagai Pusat Sehentian dan rujukan utama bagi memudahkan orang ramai mencari pekerjaan, khususnya para graduan dan alumni UUM.
Pusat Alumni UUM mewakili Universiti Utara Malaysia mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua panel jemputan atas perkongsian yang diberikan.
Oleh: NURIN SABRINA
Gambar oleh: Media Alumni
Sintok: Universiti Utara Malaysia dilantik sebagai PPV “Outreach” bagi masyarakat setempat oleh Kementerian Kesihatan Malaysia, mulai 7 Ogos 2021 lalu. PPV “Outreach” yang bertempat di Dewan Muadzam Shah UUM tersebut dikendalikan oleh KKM dan 100 petugas sukarelawan yang terdiri daripada kakitangan dan pelajar UUM.
Komander Maritim Dr. Suzanna Razali Chan diiktiraf sebagai Pemenang Tempat Ke-2 "Women SAR Awards" oleh Persekutuan Penyelamat Maritim Antarabangsa (IMRF) bagi tahun 2021.
Beliau yang juga merupakan alumni Universiti Utara Malaysia dalam bidang Sarjana Muda Perakaunan (Sistem Maklumat) pada tahun 2004 dan Sarjana Pemtadbiran Perniagaan (Perakaunan) pada tahun 2009.
Dr. Suzanna yang kini berkhidmat sebagai Ketua Penolong Pengarah Bahagian CARILAMAT dan Bantuan Bencana Maritim Malaysia juga adalah Wanita Pertama dari rantau Asia Tenggara yang dipilih untuk menerima anugerah yang amat berprestij ini.
Tahniah diucapkan.
Rujukan: https://www.international-maritime-rescue.org/News/imrf-awards-2021-commander-maritime-dr-suzanna-razali-chan
https://www.utusan.com.my/terkini/2021/09/dr-suzanna-kebanggaan-keluarga-malaysia/
UUM ONLINE: Alhamdulillah, sekali lagi Universiti Utara Malaysia (UUM) berjaya mengekalkan kedudukan dalam Times Higher Education (THE) World University Rankings by Subject 2022 untuk Physical Sciences: Mathematics & Statistics.