Webmaster 2

Webmaster 2

 Oleh : SITI NOR FAIZAH BINTI MOHD BASIR

SINTOK, 12 Oktober -Penggunaan elektrik semestinya memerlukan kemahiran dan dan keparan yang terlatih. Hal ini penting bagi mengelakkan sebarang kemungkinan atau risiko yang boleh mengakibatkan berlakunya gangguan elektrik mahupun risiko yang boleh memudaratkan jiwa.

Menyedari hal itu, Pusat Alumni UUM mengambil inisiatif mengadakan satu taklimat dan perkongsian pengalaman berkaitan kemahiran penyelenggaraan elektrik yang baik dan betul.

Pada sesi perkongsian ini, Pusat Alumni telah menjemput Jurutera Elektrik, Jabatan Pembangunan dan Penyenggaraan UUM, Encik Muhammad Zhafran Roslan serta Penolong Jurutera Kanan Jabatan Pembangunan dan Penyenggaraan UUM, Tc. Zahidi Zainol.

Menurut Jurutera Elektrik Jabatan Pembangunan dan Penyenggaraan UUM, Encik Muhammad Zahfran Roslan, “sebarang penyelenggaraan elektrik oleh mana-mana individu perlu mengelakkan diri daripada melakukan sentuhan terus jika tangan atau badan dalam keadaan yang basah”.

Tc. Zahidi Zainol pula berkata, “bagi memastikan keadaan aliran elektrik berada dalam keadaan baik, selamat dan terjamin keselamatannya, pemeriksaan soket dan sebarang peralatan elektrik perlu dijalankan secara berkala di Pusat Alumni mahupun di semua bahagian organisasi besar seperti Jabatan Hal Ehwal Pelajar dan Alumni”.

Tambah beliau lagi, perkara ini wajar dijalankan bagi memastikan semua keadaan melibatkan pendawaian elektrik di semua jabatan HEPA berada dalam keadaan selamat digunakan.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Shah Alam, 29 Oktober - Pusat Alumni UUM hari ini telah mengadakan lawatan jaringan di syarikat pengeluar perabot eksklusif jenama Royal Chesterfield, di Shah Alam. 

Pengarah Pusat Alumni, Profesor Madya Dr. Lily Julienti Abu Bakar dalam lawatan tersebut menzahirkan rasa gembira atas kesudian syarikat tersebut menjadi rakan kolaborasi UUM Alumni Privilege Card.  

Katanya lagi, “Lebih membanggakan, Pengarah Urusan syarikat perabot Royal Chesterfield ini adalah Alumni UUM, iaitu Encik Suzool Fadhli bin Haji Suradi, yang merupakan pemegang ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan (BBA) tahun 1998.”

Royal Chesterfield merupakan syarikat pembekal perabot mewah dan berkualiti yang mempunyai 4 buah cawangan lain di Malaysia iaitu di Kuala Lumpur, Terengganu, Kota Bharu dan Johor.

Para alumni UUM boleh mendapatkan diskaun istimewa daripada Syarikat Royal Chesterfield dengan menunjukkan UUM Alumni Privilege Card semasa membuat pembelian.

Pertemuan tersebut juga membincangkan kerjasama untuk pembangunan pelajar-pelajar UUM, khususnya program kolaborasi dalam bidang keusahawanan.

 

 

 

 

 

 

 

 

KUALA LUMPUR, 30 Oktober – Majlis UUMKL Graduation Hi-Tea for 2021 Graduans berlangsung dalam suasana penuh mesra dan santai dengan kehadiran 120 graduan UUMKL di Pacific Regency Hotel, Kuala Lumpur di sini semalam.

Pengarah Pusat Alumni, Profesor Madya Dr. Lily Julienti Abu Bakar turut dijemput hadir ke majlis yang bertujuan meraikan graduan yang akan dianugerahkan ijazah masing-masing pada Majlis Konvokesyen UUM ke-34 tahun ini.

Provost UUMKL, Prof. Dr. Hassan Abu Bakar, dalam ucapannya menzahirkan rasa bangga dengan pancapaian semua graduan dan mengucapkan tahniah atas kejayaan semua graduan.

Majlis ini turut meriahkan dengan cabutan bertuah yang ditaja oleh Pusat Alumni UUM dan disampaikan sendiri oleh Dr. Lily Julienti.

Turut hadir ke majlis ini ialah Dekan UUMKL, Dr. Bidayatul Akmal Mustaffa Kamil.

 

 

 

 

Thursday, 27 October 2022 10:22

KHUTBAH JUMAAT ERAT BERTAUT KUAT BERPAUT

 

OLEH : SITI NOR FAIZAH BINTI MOHD BASIR

SINTOK, 14 OKT - Program Khutbah Jumaat #AlumniUUM pada hari ini telah dijayakan oleh Penolong Pegawai Dakwah dan Tarbiah (Kanan), Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah, Ustaz Haji Mohd Isa Haji Abdul Rahman.

Program ini merupakan kerjasama antara Pusat Alumni dan Pusat Islam Universiti Utara Malaysia sebagai satu usaha bagi memberi peluang dan ruang kepada para alumni untuk menyumbang kembali kepada universiti, selari dengan motto UUM iaitu Ilmu, Budi Bakti.

Selain itu, Ustaz Haji Mohd Isa Haji Abdul Rahman yang merupakan Alumni UUM pada tahun 2012 dalam Sarjana Sastera (Pengajian Islam), hadir bagi menyampaikan khutbah jumaat di Masjid Sultan Badlishah yang bertajuk Erat Bertaut Kuat Berpaut.

Sementara itu, dalam khutbahnya beliau berkata sesungguhnya Allah S.W.T menyeru hamba-hambaNya untuk mengeratkan silaturahim sesama manusia kerana ia merupakan satu amalan yang mulia dalam Islam.

“Sesungguhnya menjaga perhubungan sesama makhluk adalah satu kewajipan yang dituntut oleh Allah S.W.T kepada hamba-hambaNya.” katanya.

Turut hadir pada khutbah Jumaat pada ialah Naib Canselor UUM, Profesor Dr. Haim Hilman Abdullah.

 Ikuti khutbah Jumaat ini di pautan https://youtu.be/aDO0JvqFcBA 

 

 

 

 

Page 81 of 100