Oleh : Siti Nor Faizah Binti Mohd Basir
Melaka – Pada 12 Ogos satu delegasi Pusat Alumni UUM yang diketuai oleh Pengarah Pusat Alumni, Profesor Madya Dr. Lily Julienti Abu Bakar turut serta bersama-sama delegasi Pusat Alumni Universiti Awam Malaysia lain bermesyuarat di UTeM Melaka sempena sesi lawatan tapak bagi persiapan penganjuran Majlis Makan Malam Alumni Pulang ke Gagang Tahun 2022.
Mesyuarat Penyelarasan Majlis Alumni Pulang ke Gagang Universiti Awam Malaysia (UA) bersama Pengarah-Pengarah Pusat Alumni UA ini dipengerusikan oleh Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni Universiti Teknikal Melaka.
Oleh: Nordiana Shafiee
Gambar oleh: Pusat Alumni UUM
UUM ONLINE: Sempena sambutan Hari Alumni Universiti Utara Malaysia (UUM) pada 30 Julai lalu, Pusat Alumni UUM menyingkap tentang peranan, aktiviti dan sumbangan penting pusat berkenaan kepada universiti dalam khutbah Jumaat, baru-baru ini.
Oleh : Siti Nor Faizah Mohd Basir.
UUM ONLINE: Seramai 64 pelajar Kolej Agama Sultan Abdul Hamid (KASAH) menyertai program Pembangunan Minda Keusahawanan Kontemporari di Universiti Utara Malaysia (UUM) selama dua hari, baru-baru ini.
Program yang disertai oleh pelajar aliran keusahawanan KASAH itu turut melibatkan 5 guru pengiring kolej berkenaan dan 11 fasilitator di kalangan pelajar UUM yang turut sama membantu menjayakan program ini.
Pelbagai aktiviti dan slot menarik diadakan sepanjang program berlangsung seperti slot perkongsian pengalaman usahawan daripada alumni UUM, slot inovasi kreatif usahawan, slot usahawan dan media sosial, permainan sukan golf dan lawatan di sekitar UUM.
Sementara itu, Pengarah Pusat Alumni UUM, Prof. Madya Dr. Lily Julienti Abu Bakar berkata, program keusahawanan seumpama ini dapat memupuk minat pelajar untuk terus menceburi bidang keusahawanan kelak di samping melakukan inovasi baharu yang mampu bersaing dengan pasaran luar.
“Atas kesedaran ini, program ini diadakan bagi melahirkan pelajar yang kreatif dalam melakukan inovasi baharu seiring dengan perkembangan teknologi dan saya berharap agar pelajar dapat memanfaatkan ilmu yang mereka perolehi ini sebaik mungkin,” katanya.
Tambahnya, Universiti sedia bekerjasama berkongsi ilmu, kemahiran dan pengalaman dengan agensi luar demi pembangunan agama, bangsa dan negara.
Majlis penutupan program ini yang telah disempurnakan oleh Dr. Lily Julienti turut dihadiri Pengetua KASAH, Mohd Haris Faiza Abd Aziz Al-Hafiz, Timbalan Pengarah Pusat Alumni UUM, Halim Md Yatim, Pengetua Inasis Yayasan Al-Bukhari dan Bank Mualamalat UUM, Mohd Ilyas Soffian.
Dapatkan Kad Kredit-i BSN-UUM Al-Aiman Mastercard eksklusif untuk warga Universiti Utara Malaysia!
Nikmati penjimatan hebat dengan yuran pengurusan sebenar yang rendah serta pelbagai ciri-ciri menarik:
SELAMAT HARI ALUMNI UUM.
30 Julai telah dipilih sebagai Hari Alumni UUM bersempena dengan Majlis Konvokesyen UUM yang pertama pada 30 Julai 1988.
Ikuti khutbah jumaat khas pada 29 Julai 2022 sempena Hari Alumni UUM 2022.
Contact : 04-928 4036/4038
Oleh: Siti Fatimah Abdullah
Gambar oleh: CIAC
UUM ONLINE: Jakarta, Indonesia, 25 Julai 2022 – Bagi mengukuhkan hubungan antara alma mater dengan almuni, Universiti Utara Malaysia (UUM) telah menyusun pelbagai program kolaborasi khususnya dengan Chapter Alumni di Indonesia.
Contact : 04-928 4036/4038
Contact : 04-928 4036/4038