Webmaster 2

Webmaster 2

Gambar : Pusat Sukan Universiti Utara Malaysia

Oleh : Pusat Sukan UUM

Pusat Sukan Universiti Utara Malaysia dengan kerjasama Pusat Alumni UUM telah menganjurkan Program UUM Alumni Athlete Knowledge Sharing Session dengan tujuan utama penganjuran program ini sebagai satu medium kepada para Atlet Alumni UUM untuk berkongsi pengetahuan dan pengalaman kepada pelajar.

Program UUM Alumni Athlete Knowledge Sharing Session Series 2 telah dijalankan pada 23 November 2021 (Selasa) pada jam 3.00 petang dengan tetamu jemputan iaitu Encik Zulfatah Dzulkarnain dan Encik Zul Rusydi Hussin sebagai Moderator. 

Pada sesi kedua ini Encik Zulfatah yang merupakan bekas pemain Bola Sepak Negeri Kedah yang juga merupakan Alumni UUM pada tahun 1995 dalam Ijazah Sarjana Muda Perakaunan telah berkongsi pahit manis beliau sepanjang penglibatan beliau dalam sukan dan akademik sepanjang pengajian di UUM. 

 

Thursday, 28 October 2021 09:37

ALUMNI TALK: SHARING EXPERIENCE as UUM ALUMNI

Oleh: Siti Nor Faizah Bt Mohd Basir

Gambar: Media Alumni

Seramai 40 orang pelajar Pusat Pengajian Pengkomputeran (SOC) telah terlibat dalam Minggu SuaiKenal Pelajar Baharu yang telah diadakan secara maya menerusi ruangan live Facebook SOC, UUM.

Timbalan Dekan Pusat Pengajian Pengkomputeran, Prof. Madya Dr. Osman Ghazali mengalu-alukan kehadiran pelajar-pelajar baharu dan berharap agar semua pelajar baharu dapat meneruskan kecemerlangan SOC di bawah program masing-masing.

Program ini turut disertai oleh Nor Izham Subri, Pensyarah Kolej Universiti Islam Perlis (KUIPs) yang juga merupakan alumni SOC UUM.

Menurut Nor Izham Subri dalam perkongsiannya mengingatkan supaya pelajar-pelajar baharu perlu mempunyai semangat untuk mencapai kecemerlangan dalam bidang pengajian masing-masing.

Beliau turut mengalu-alukan jalinan kerjasama antara pihak SOC dengan para alumni terutamanya dalam kalangan alumni SOC bagi membantu dalam meningkatkan kecemerlangan pelajar-pelajar SOC UUM.

Oleh: Putri Lailatul Nadhirah

Gambar : Pusat Sukan UUM

UUM ONLINE: : Isu sukan bukanlah sesuatu perkara yang remeh, ia juga penting untuk masa hadapan.

Sehubungan itu, Pusat Sukan UUM dengan kerjasama Pusat Alumni UUM telah menganjurkan sebuah program UUM Alumni Athlete Knowledge Sharing Session dengan tujuan utama penganjuran program ini sebagai satu medium kepada para Atlet Alumni UUM untuk berkongsi pengetahuan dan pengalaman kepada pelajar secara maya melalui Facebook Live.

Perkongsian tersebut diserikan dengan kehadiran panel jemputan, Muhammad Wafiyuddin Abdul Manaf yang merupakan alumni UUM dalam jurusan Sarjana Muda Pengurusan Awam tahun 2016. Turut hadir, Encik Zul Rusydi Hussin sebagai moderator pada hari tersebut.

Pengalaman Wafiyuddin yang sering melibatkan diri dalam sukan golf di UUM telah menjadikan beliau seorang Professional Golfer. Katanya, “sukan dapat menjamin masa hadapan.

Selain menceritakan isu berkaitan sukan, Wafiyuddin juga berkongsi mengenai cara menyeimbangkan masa bersukan dan belajar serta sokongan yang beliau terima yang membantu beliau untuk terus berjaya dalam sukan golf ini. 

UUM ONLINE: Seramai 30 pelajar Universiti Utara Malaysia (UUM) menerima komputer riba (laptop) sumbangan Lembaga Tabung Haji (LTH) pada

Majlis Penyerahan Komputer Riba: Program Iqra’ 2020 di Dewan Serba guna Pusat Penginapan Pelajar (SAC), baru-baru ini.

Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Prof. Madya Dr. Hendrik Lamsali berkata, pihak universiti dan Jabatan Hal Ehwal Pelajar (JHEP) sentiasa peka dan mengamalkan ‘pintu terbuka’ untuk mendengar suara pelajar secara lebih dekat bagi membantu mereka yang menghadapi masalah khususnya dalam pembelajaran.

Menurutnya, menerusi Program Iqra’ 2020 itu seramai 30 pelajar dari golongan asnaf terpilih diberikan ‘laptop’ secara fizikal untuk memudahkan mereka meneruskan sesi pembelajaran.

Katanya, terdahulu sebanyak 243 baucar berjumlah RM1,800 telah disalurkan kepada pelajar asnaf untuk membeli komputer riba.

“Saya kagum di atas usaha JHEP dan Bahagian Perkhidmatan dan Sokongan Pelajar (SSSD) yang telah bertungkus-lumus berusaha membantu pelajar melalui sumbangan pihak penajaan bagi mendapatkan komputer riba ini.

“Ini adalah satu usaha murni yang tidak dapat dilupakan dan wajar menjadi teladan kepada semua agar sentiasa menitikberat kebajikan dan kesusahan golongan yang memerlukan,” katanya.

Sementara itu, Dekan Hal Ehwal Pelajar, Prof. Madya Dr. Massudi Mahmuddin berkata, HEP UUM telah berjaya mencapai objektif Projek ‘Laptop 4U’ dan seramai 200 penerima terdahulu telah menikmati manfaat komputer riba hasil usaha Jabatan Hal Ehwal Pelajar dan Alumni bersama rakan strategik HEPA.

Menurutnya, pihaknya terpanggil untuk membantu pelajar yang memerlukan terutama sejak penularan pandemik Covid-19 yang memaksa mereka meneruskan pengajian secara atas talian sepenuhnya.

Katanya, tanpa bantuan alat peranti itu, sudah pasti pelajar tidak dapat meneruskan sesi pembelajaran dengan sempurna.

“JHEP sangat peka dengan masalah pelajar asnaf sama ada yang berada di dalam bandar atau luar bandar secara khususnya, mereka perlu diberi perhatian dan sokongan dari sudut emosi dan fizikal sekiranya diperlukan.

“Kita sedia untuk membantu pelajar-pelajar ini dan akan memastikan tiada yang tercicir mengejar ilmu meskipun dalam serba kekurangan kerana keutamaan universiti adalah memastikan kebajikan pelajar sentiasa dijaga,” katanya.

#WeHelp #WeShare #WeCare

#KesejahteraanKebajikan

Page 75 of 84