Webmaster 2

Webmaster 2

Berita dan Gambar: Muhammad Hafizal Faiz Bin Suhaime
 
SINTOK 27 Dis - Pusat Alumni UUM pada hari ini menyantuni kehadiran Pengarah Pusat Alumni & Kerjaya USIM, Encik Mohd Asri dan staf-staf yang hadir ke UUM dalam satu lawatan kerja.
Lawatan ini dimulakan dengan taklimat berkenaan Kampus UUM oleh staf Anjung Tamu dan seterusnya taklimat Pusat Alumni UUM oleh Pengarah Pusat Alumni UUM, Prof. Madya Dr. Lily Julienti Abu Bakar.
Pelbagai perkara telah dibincangkan termasuk berkongsi idea bagaimana hendak memantapkan lagi aktiviti-aktiviti yang boleh menarik alumni-alumni untuk kembali kepada alma mater mereka.
Turut hadir Penolong Pengarah Pusat Alumni UUM, Encik Halim Md Yatim, staf-staf Pusat Alumni UUM, Encik Khairul Azman Rohim dan Encik Muhammad Hafizal Faiz Suhaime.

Oleh : Maizatul Akmar Zulkafli

Gambar : Media Alumni

UUM Online: Kuala Lumpur- Seramai 16 orang alumni UUM telah menghadiri sembang santai bertempat di He & She Coffee cawangan SME BANK pada 4 disember lalu.


Antara yang terlibat dalam sesi ngopi santai ialah Prof. Madya Dr. Hendrik Lamsali, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar), dan Prof. Madya Dr. Lily Julienti Abu Bakar, Pengarah Pusat Alumni UUM, wakil pasukan Alumni FC, Round Table Discussion (RTD) dan alumni-alumni muda UUM.

Oleh: Maizatul Akmar Zulkafli

Media: Muhammad Hafizal Faiz Suhaime

UUM Online: Sintok- Marrybrown Cawangan Alor Setar telah menyerahkan tajaan baucer Marrybrown kepada 2,600 pelajar Universiti Utara Malaysia (UUM) pada 5 Disember 2021 lalu.

Baucer tersebut telah diserahkan sendiri oleh Francais Operator, Norharizan Hj Hussain kepada Prof. Madya Dr. Hendrik Lamsali, TNC HEPA bertempat di Bangunan Canselori.

Norharizan merupakan Alumni UUM tahun 2018 (Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan) dan 2019 (Sarjana Pentadbiran Perniagaan). Beliau juga merangkap rakan kolaborasi UUM Alumni Privilege Card.

Dalam pertemuan itu, beberapa perkara telah dibincangkan, antaranya seperti kerjasama atau pemain industri dan universiti untuk pembangunan pelajar dan universiti.

Turut terlibat dalam sesi penyerahan tersebut ialah Pengarah Pusat Alumni UUM, Prof. Madya Dr. Lily Julienti Abu Bakar.

Berita dan gambar oleh: Siti Nor Faizah Mohd Basir

UUM ONLINE: Serdang - Majlis Kemuncak Sambutan Hari Universiti Awam Malaysia telah diadakan pada 8 Disember 2021 bertempat di Universiti Putra Malaysia (UPM).

Majlis yang bertujuan meraikan ulang tahun pertama penubuhan  Majlis Alumni Universiti Awam Malaysia ini dianjurkan dengan bertemakan alumni universiti awam dalam kebersamaan. Pemilihan tema ini  adalah untuk menggambarkan alumni universiti awam sebagai suri teladan dan agen perubahan yang banyak menyumbang idea, kepakaran, tenaga dan pendanaan kepada pembangunan kecemerlangan universiti tercinta.

Majlis telah dirasmikan oleh Encik Ahmad Rizal Adnan, Pengarah Bahagian Governance IPTA Jabatan Pendidikan Tinggi, Kementerian Pengajian Tinggi.

Dalam ucapan perasmiannya, Ahmad Rizal menyatakan bahwa majlis seperti ini dapat mengukuhkan interaksi dan penglibatan antara alumni dan universiti.

Tambah beliau, majlis ini juga dapat mendorong alumni untuk terus mendampingi universiti demi kelangsungan pembangunan dan pemerkasaan sesebuah universiti, sekaligus dapat mengangkat imej pengajian tinggi negara.

Beliau turut mengucapkan syabas dan tahniah kepada Majlis Alumni Universiti Awam Malaysia atas penganjuran Sambutan Hari Alumni Universiti Awam 2021 buat julung-julung kalinya.

Sementara itu, majlis turut diserikan dengan gimik pelancaran dua buah projek daripada universiti awam iaitu Alumni Information System (AIS) oleh Universiti Putra Malaysia (UPM) dan UUM Alumni Privilege Card daripada Universiti Utara Malaysia (UUM) yang pastinya akan memberi manfaat kepada alumni.

Turut hadir, timbalan - timbalan naib canselor, pengarah - pengarah pusat alumni serta pegawai - pegawai dari semua universiti awam Malaysia.

Page 73 of 84