Oleh: Siti Nor Faizah Binti Mohd Basir
Kuala Lumpur, 19 Mei – Pusat Alumni UUM menghadiri Mesyuarat Majlis Alumni Universiti Awam (MALUMNI) yang berlangsung di Universiti Malaya (UM) baru-baru ini.
Mesyuarat Majlis MALUMNI ini menjadi mesyuarat yang pertama kali dihadiri oleh pengarah baharu Pusat Alumni UUM, Prof. Madya Dr. Mohd Sobri Don.
Pada Mesyuarat tersebut, seluruh ahli MALUMNI mengucapkan tahniah kepada Dr. Mohd Sobri atas pelantikan sebagai pengarah baharu dan mengalu-alukan kehadiran beliau demi mengukuhkan lagi kerjasama ke arah pembangunan MALUMNI.
Mesyuarat juga merakamkan ucapan penghargaan dan terima kasih kepada Prof. Madya Dr. Lily Julienti Abu Bakar atas khidmat bakti serta sumbangan yang telah dicurahkan kepada MALUMNI sepanjang berkhidmat sebagai pengarah di Pusat Alumni UUM.
Turut hadir ke mesyuarat tersebut ialah Encik Halim Yatim, Timbalan Pengarah Pusat Alumni.
Sintok, 9 Mei - Majlis Penyerahan Nota Serah Tugas Pengarah Pusat Alumni berlangsung dengan jayanya pada hari ini, di pejabat Pusat Alumni, Universiti Utara Malaysia (UUM).
Mantan pengarah, Profesor Madya Dr. Lily Julienti Abu Bakar telah hadir menyerahkan Nota Serah Tugas beliau kepada pengarah Pusat Alumni yang baharu, Profesor Madya Dr. Mohd Sobri Don dalam majlis yang turut dihadiri oleh semua warga kerja Pusat Alumni.
Seluruh warga Pusat Alumni merakamkan ucapan penghargaan dan terima kasih kepada Dr. Lily Julienti atas khidmat bakti serta sumbangan yang telah dicurahkan sepanjang berkhidmat di Pusat Alumni.
Selain itu, mereka juga mengucapkan ucapan tahniah kepada Dr. Mohd Sobri atas pelantikan sebagai pengarah Pusat Alumni yang baharu.
SINTOK, 14 April – Program Khutbah #AlumniUUM telah berlangsung pada 14 April 2023 baru-baru ini, di Masjid Sultan Badlishah, Universiti Utara Malaysia (UUM). Dr.Muhammad Hafiz Badarulzaman, Pensyarah Kanan Pusat Pengajian Undang-Undang (SOL), Universiti Utara Malaysia telah hadir menjayakan program ini dengan menyampaikan khutbah yang bertajuk Manfaatkan Peluang Yang Masih Berbaki.
Dr. Muhammad Hafiz merupakan Alumni UUM tahun 2022 - Doktor Falsafah (Undang-undang).
Ikuti rakaman penuh khutbah pada pautan