Webmaster 2

Webmaster 2

UUM, Siktok - Majlis Sambutan Hari Alumni Universiti Utara Malaysia (UUM) ke-36 berlangsung di Bilik Mesyuarat Senat. 

Bagi menyempurnakan majlis, Naib Canselor, Prof. Dato’ Dr. Mohd Foad Sakdan dan Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Prof. Dr. Ahmad Martadha Mohamed memotong pulut kuning sambil disaksikan Pengarah Pusat Alumni UUM, Prof Madya Dr. Lily Julienti Abu Bakar dan pegawai universiti.  

“Upacara memotong pulut kuning sebagai simbolik sambutan Hari Alumni UUM ke-36 yang diambil sempena Majlis Konvokesyen UUM pertama pada 30 Julai 1988,” kata Naib Canselor sejurus selepas mempengerusikan Mesyuarat Penyelarasan Program Mai Balik UUM 2024 (MBUUM) Kali Ke-2. 

Jelasnya, Program Mai Balik UUM 2024 julung kali diadakan bersempena Sambutan Tahun Melawat UUM 2024 dan Sambutan Hari Pengasasan UUM yang ke 40. 

Katanya, MBUUM merupakan program anjuran universiti di mana Pusat Alumni sebagai penyelaras program dengan kerjasama Jawatankuasa Penyelaras Program MBUUM yang melibatkan Jabatan HEPA dan pusat pengajian. 

“Menerusi program ini kita membawa alumni untuk kembali ke UUM sekali gus mengimbau zaman kampus yang penuh memori ibarat sireh pulang ke gagang. Inisiatif ini juga dilihat merapatkan jalinan universiti bersama alumni UUM,” ucapnya.   

Sementara itu, Dr Lily Julienti berkata, MBUUM amat sesuai untuk tujuan jalinan dan ikatan mesra di antara alumni dengan universiti. “Penyertaan yang berskala besar akan menjadi promosi kepada UUM melalui tularan pada media sosial. 

“Pelaksanaan program ini secara tidak langsung juga akan melebarkan jaringan kerjasama strategik universiti dengan agensi luar, sekali gus mengukuhkan jenama UUM dalam pasaran,” ujarnya. 

Pusat Alumni akan berkolaborasi secara strategik dengan seluruh warga kampus UUM, alumni UUM, dan agensi luar bagi menjayakan program MBUUM 2024. 

Pada majlis sama menyaksikan penyerahan baucer diskaun He & She Coffee oleh Zulkiflee Yusof untuk disampaikan kepada pelajar B40 dan MBUUM bernilai RM5,000.

 

Ahad, 14 Julai 2024 - Seramai 11 orang pelajar Universiti Utara Malaysia (UUM) cemerlang dan terpilih telah menerima biasiswa sebanyak RM2,000.00 bagi setiap seorang bagi membantu mereka dalam keperluan pembelajaran di kampus.

Biasiswa ini diberikan secara “one off”, hasil peruntukan peribadi daripada Yang Berbahagia Dato’ Haji Ramli Mohd Tahir, Pengarah Urusan, KDEB Waste Management (KDEBWM) di bawah seliaan Pusat Alumni. Beliau merupakan Alumni UUM yang telah mengambil jurusan Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan dengan Kepujian (1996).

Pelajar-pelajar ini telah dipilih berdasarkan Purata Mata Semester (PMS) dan Purata Mata Keseluruhan (PMK) mereka masing-masing. Selain itu, mereka juga merupakan para pelajar yang terdiri daripada kalangan keluarga yang berpendapatan rendah dan anak yatim piatu. 

Pengarah Pusat Alumni, Profesor Madya Dr. Lily Julienti Abu Bakar, telah menyerahkan surat tawaran biasiswa tersebut mewakili Yang Berbahagia Dato’ Haji Ramli, kepada 11 orang pelajar tersebut bertempat di Pejabat Pusat Alumni, pagi ini. Penyerahan penghargaan secara rasmi kepada Yang Berbahagia Dato’ akan diadakan pada Majlis Makan Malam Mai Balik UUM yang akan diadakan pada bulan September nanti.

Katanya, para pelajar diingatkan untuk menggunakan biasiswa ini bagi tujuan pembayaran yuran atau untuk kegunaan keperluan pembelajaran sahaja, bukan untuk perkara-perkara yang tidak bermanfaat.

Penajaan biasiswa daripada Alumni UUM seperti ini merupakan program kali kedua di bawah seliaan Pusat Alumni selepas biasiswa tajaan daripada Encik Shazmi Ali Sardar Ali, Naib Presiden Sumber Manusia SHELL pada tahun 2022.

Event Details:

  • Date: 19 -20 Oktober 2024
  • Location: Dewan Tunku Putra, (DeTAR), UNIMAS, Kuching, Sarawak

SINTOK – Majlis Makan Malam Alumni bertemakan ‘Golden Navy Blue: A Night to Reunite’ sempena Program Mai Balik UUM menjadi detik yang sangat berharga untuk merapatkan silaturahim dan menghidupkan kembali kenangan indah alumni bersama universiti tercinta.

Naib Canselor, Prof. Dato’ Dr. Mohd Foad Sakdan menyifatkan alumni sebagai aset yang paling berharga buat UUM.

“Kejayaan dan pencapaian yang anda raih di luar sana adalah cerminan kepada keunggulan institusi ini. Setiap pencapaian anda adalah kebanggaan bagi diri sendiri dan juga bagi universiti yang telah mendidik dan membimbing anda.

“UUM amat menghargai sokongan anda dalam memperkukuhkan nama universiti di peringkat kebangsaan dan antarabangsa. Dengan jaringan alumni yang kuat dan berdedikasi,  universiti ini akan terus  cemerlang,” kongsinya.

Ujarnya, peranan setiap alumni dalam menyumbang kembali kepada alma mater amat penting sama ada melalui tenaga, idea, kepakaran, atau kewangan.

“Sokongan anda terus membantu universiti untuk memperkasa pelajar, melaksanakan program berimpak tinggi dan mengukuhkan penyelidikan berkualiti.

“Saya ingin mengajak semua untuk terus menyumbang dalam apa jua bentuk yang termampu agar kita dapat melahirkan lebih ramai graduan yang cemerlang dan berkualiti,” ucapnya  di Dewan Mu’adzam Shah, malam tadi.

Jelasnya, majlis ini untuk mengenang perjalanan alumni di universiti dan menatap masa depan dengan harapan dan cita-cita baharu selain membuka peluang untuk lebih banyak kolaborasi dan sokongan dalam pelbagai bidang.

Sementara itu wakil Alumni, Dato’ Ramli Mohd Tahir menyeru semua alumni  untuk terus berbakti kepada UUM agar universiti ini terus mencapai kecemerlangan di masa hadapan.

“Universiti bukan sahaja memberi ilmu malah merakamkan kenangan indah pada kami. Hebat macam manapun kita, jangan lupakan Universiti Utara Malaysia.

“Universiti ini milik kita bersama jadi tunjukkan sokongan, sumbangan dan kasih sayang untuk memulangkan semula kepada universiti tercinta mengikut bidang masing-masing.

“Hidup ini terlalu pendek, jangan pernah lupakan ibu bapa dan pensyarah yang telah banyak berjasa mendidik kita sehingga berjaya,” katanya.

Menerusi program ini katanya, alumni berpeluang kembali ke alam universiti untuk berkongsi cerita, pengalaman dan melakukan aktiviti rekreasi yang amat menyeronokkan selain memberi kenangan yang tidak dapat dilupakan.

“Pertemuan ini telah memberi peluang pada kita untuk kembali kepada alma mater dengan menyuburkan semangat kekitaan, saling menghormati dan berkongsi aspirasi, pencapaian, kejayaan dan masa depan UUM,” ujarnya.

Program Mai Balik UUM 2024 anjuran Pusat Alumni UUM julung kali diadakan bersempena Sambutan Tahun Melawat UUM 2024 dan Sambutan Hari Pengasasan UUM yang ke 40 berlangsung dari  20 – 22 September.

Pelbagai aktivti menarik antaranya Jom Pi Jenguk Bilik Lama, Konvoi Alumni Bikers dan U Riders Sempena Maulidur Rasul, Kenduri Alumni, ‘Back To School’, Discover UUM, Senamrobik, Konvoi Kenderaan Bernombor Plat UUM, Tahlil, Perlawanan Persahabatan Bola Sepak dan golf.

Page 50 of 84