Sunday, 02 February 2025 15:14

Awie Jadikan Kedai Kopi Kaunter Aduan Rakyat

Tarikh: 27 Januari 2025

Monday, 20 January 2025 07:51

SHAHIRUL AZMAR BIN ISHAK

Friday, 17 January 2025 14:18

RAHIM BIN MAMAT

UUM, 14 Januari 2025: Pusat Alumni Universiti Utara Malaysia (UUM) dengan kerjasama Pusat Pengajian Pengurusan Teknologi dan Logistik (STML), Jabatan Pengangkutan Jalan Negeri Kedah (JPJ), serta Logistic & Transportation (Logtrans) telah mengadakan program bertajuk “Laluan Kerjaya Perkhidmatan Awam: Bersediakah Anda?” di Dewan Kuliah DPC 2, STML, yang berjaya menarik seramai 50 orang pelajar.

Pengarah Pusat Alumni UUM, Prof. Madya Dr. Lily Julienti Abu Bakar dalam ucapan beliau menyambut baik kehadiran pelajar dan penceramah jemputan. Program diteruskan dengan perkongsian oleh Encik Mohd Fitri bin Abdul, Pegawai Tadbir dan Diplomatik serta Ketua Bahagian Khidmat Pengurusan di JPJ Negeri Kedah. Encik Mohd Fitri, yang juga merupakan alumni Sarjana Pengurusan Awam UUM tahun 2020, telah berkongsi pengalaman peribadi beliau sepanjang perjalanan kerjaya sebagai penjawat awam, bermula dari seorang graduan hingga memegang jawatan penting dalam sektor kerajaan.

Selain bercerita tentang perjalanan kerjayanya, Encik Mohd Fitri turut memberi pelbagai tips berharga untuk berjaya dalam sektor perkhidmatan awam. Antara tips yang dikongsi termasuklah pentingnya persediaan awal dengan mempelajari keperluan jawatan, menguasai pengetahuan tentang dasar kerajaan dan isu semasa, serta pentingnya penampilan profesional semasa temu duga. Beliau juga menekankan sikap positif yang diperlukan untuk mengatasi cabaran dalam tugas sebagai penjawat awam.

Sebagai penutup, Encik Mohd Fitri mengundang dua pelajar untuk menyertai simulasi temu duga di hadapan para peserta. Demonstrasi ini memberi panduan praktikal tentang cara menjawab soalan dengan betul, teknik komunikasi yang berkesan, serta cara meningkatkan keyakinan diri semasa temu duga. Aktiviti ini mendapat sambutan hangat daripada pelajar dan memberi mereka gambaran yang lebih jelas tentang persediaan menghadapi temu duga.

Program ini mendapat maklum balas positif daripada para pelajar, dan pihak penganjur merancang untuk mengadakan lebih banyak sesi ceramah kerjaya seperti ini pada masa akan datang.

 

UUM Today: https://uumtoday.com/campus-news/alumni-uum-beri-panduan-kerjaya-sektor-awam-kepada-pelajar/ 

 

Event Details:

  • Date: 14 Januari 2025
  • Location: DPC 1, STML

SINTOK, 8 Januari 2025: Pusat Alumni Universiti Utara Malaysia (UUM) dengan kerjasama Pusat Kokurikulum telah menganjurkan program ceramah yang mengetengahkan ancaman tersembunyi kepada keselamatan dan kesihatan.

Seramai 200 peserta hadir termasuk pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Baru Sintok, Akademi Bina Malaysia (ABM), Sukarelawan Polis Siswa Siswi (SUKSIS) UUM, dan kakitangan UUM serta komuniti luar. 

Program ini bertujuan meningkatkan pemahaman mereka mengenai jenis-jenis narkotik, dan langkah-langkah pencegahannya.

Program ini menampilkan alumni UUM iaitu Inspektor Mohammad Aqram Md Saupi dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik IPD Kubang Pasu sebagai penceramah utama bersama moderator, Pengarah Pusat Kokurikulum, Dr. Za’im Ahmad. 

Inspektor Mohammad Aqram, yang juga merupakan alumni Sarjana Muda Pengurusan Industri Kreatif (2020), menyampaikan ceramah mendalam mengenai kesan penyalahgunaan dadah. Beliau menyatakan, “Ramai dari kalangan pelajar institusi yang terjerumus dengan penyalahgunaan dadah. Langkah utama untuk mencegah masalah ini adalah dengan menjauhkan diri daripada situasi berisiko, terutama yang melibatkan pengaruh negatif.”

Beliau turut menegaskan bahawa salah memilih rakan adalah punca utama kebanyakan pelajar terlibat dengan dadah. “Lingkungan sosial yang negatif berpotensi besar untuk membawa seseorang kepada tingkah laku tidak bermoral,” tambahnya.

Kolaborasi antara Pusat Alumni dan Pusat Kokurikulum dalam menganjurkan program ini menonjolkan usaha bersama UUM dalam mendidik komuniti kampus mengenai bahaya narkotik. Program ini bertujuan bukan sahaja untuk memberikan maklumat, malah untuk membentuk generasi yang lebih peka terhadap keselamatan, kesihatan, dan kesedaran jenayah dalam memastikan kampus kekal selamat dan harmoni.

Turut hadir ialah Timbalan Pengarah Pusat Alumni UUM, Puan Amelia Hakimi dalam menjayakan program ini.

 

UUM Today: https://uumtoday.com/campus-news/alumni-uum-kongsi-kesedaran-bahaya-jenayah-narkotik/ 

Event Details:

  • Date: 7 Januari 2025
  • Location: Dewan Seminar, Pusat Islam UUM

LABU, 5 Januari 2025: Naib Canselor, Prof. Dato’ Dr. Mohd Foad Sakdan menziarahi alumni, Muhammad Al Azim Md Azmi yang kini menghidap penyakit kanser pada lawatan Alumni Care oleh Pusat Alumni Universiti Utara Malaysia (UUM), semalam.

Inspektor polis itu sedang menjalani rawatan kimoterapi di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM). 

Muhammad Al Azim yang didiagnosis menghidap kanser pada Oktober 2024 merupakan alumni Sarjana Muda Komunikasi (2017) dan sangat aktif dalam golf.

Dr. Mohd Foad berdoa agar Muhammad Al Azim diberikan kesihatan yang baik dan terus tabah menghadapi ujian tersebut, malah UUM melalui Pusat Alumni kini dalam proses mengurus Tabung Kebajikan Alumni (Tabung 1 Alumni 1 Ringgit) untuk membantu meringankan beban yang ditanggung.

Hadir sama, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Prof. Dr. Ahmad Martadha Mohamed dan Pengarah Pusat Alumni, Prof. Madya Dr. Lily Julienti Abu Bakar serta Dekan Hal Ehwal Pelajar, Prof. Madya Dr. Zainuddin Omar.

 

UUM Today: https://uumtoday.com/general-news/naib-canselor-ziarah-alumni-uum-hidap-kanser/ 

Tarikh: 9 Januari 1990

Thursday, 02 January 2025 08:24

Pelajar UUM akan Berpindah

Tarikh: 5 Januari 1991

Page 7 of 31