SINTOK – Pusat Alumni Universiti Utara Malaysia (UUM) memperkenalkan inisiatif Alumni Legacy Seat bersempena Majlis Konvokesyen UUM Ke-39 sebagai simbol penghargaan terhadap jasa, sumbangan dan legasi alumni yang telah mengharumkan nama universiti.Inisiatif ini melambangkan bahawa alumni sentiasa mempunyai tempat istimewa dalam keluarga besar UUM, sekali gus memperkukuh hubungan antara universiti dengan para graduan.
Pengarah Pusat Alumni UUM, Prof. Madya Dr. Lily Julienti Abu Bakar berkata, Alumni Legacy Seat disediakan khusus sebagai tanda penghargaan kepada ibu bapa atau waris yang merupakan alumni UUM dengan menyediakan tempat duduk khas bagi meraikan kehadiran mereka sebagai sebahagian daripada keluarga besar universiti.Beliau turut mengucapkan tahniah kepada graduan yang meneruskan legasi ilmu dan kecemerlangan ibu bapa serta waris sebagai alumni UUM, sambil berharap legasi tersebut akan terus diwarisi oleh generasi akan datang.

