Tuesday, 27 February 2024 16:04

Forum Keusahawanan Silang Budaya: Kepentingan Ilmu dalam Menerajui Perniagaan

Written by

ALOR SETAR, 27 Februari: Pusat Alumni Universiti Utara Malaysia (UUM) telah menganjurkan Forum Keusahawanan Silang Budaya: Kepentingan Ilmu dalam Menerajui Perniagaan yang bertempat di Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) Negeri Kedah.

Pengarah program berkata, seramai 73 orang terdiri daripada Dewan Perniagaan Melayu Malaysia  Negeri Kedah, Dewan Perniagaan Cina Malaysia, Dewan Perniagaan India Malaysia, Perlis Chinese Assembly Hall dan turut terlibat Pensyarah Keusahawanan Universiti Utara Malaysia (UUM).

Selain itu, forum yang bertemakan kepelbagaian budaya ini merupakan satu platform bagi perkongsian pengalaman, amalan terbaik dan pendekatan inovatif dalam kepentingan menerajui ilmu untuk diaplikasi dalam perniagaan.

Forum Keusahawanan Silang Budaya menampilkan tiga (3) panel yang mempunyai latar belakang yang berbeza serta terdiri daripada Melayu, Cina dan India sekaligus merupakan alumni Universiti Utara Malaysia.

Di samping itu, Forum Keusahawanan Silang Budaya: Kepentingan Ilmu dalam Menerajui Perniagaan telah dirasmikan oleh Tuan Haji Zulkifli bin Khamis, Timbalan Yang Dipertua Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) Negeri Kedah.