Tuesday, 16 March 2021 09:15

UUM ZIARAH KELUARGA ALUMNI

Written by

OLEH: FAIZATUL FAUZI

GAMBAR OLEH: HAFIZAL FAIZ

Sik: Pusat Alumni dengan kerjasama Pusat Pengajian Pengurusan Pelancongan, Hospitaliti dan Acara (STHEM) telah menziarahi ke rumah keluarga Allahyarhamah Noor Hassaniah binti Hassan 33 tahun yang merupakan alumni pelajar Sarjana Muda Pengurusan Pelancongan yang meninggal dunia pada 28 Februari 2021 yang lalu.

Dalam kunjungan ke rumah keluarga allahyarhamah yang terletak di Kampung Kuala Reman, Jeniang Kedah itu, Pengarah Pusat Alumni, Prof Madya Dr Lily Julienti Abu Bakar mewakili pihak universiti telah menyampaikan sumbangan Tabung Kebajikan Alumni UUM sebagai tanda ingatan di samping membantu meringankan beban yang ditanggung oleh ahli keluarga allahyarhamah.

Turut hadir Penolong Pengarah Pusat Alumni, Encik Halim Md Yatim dan wakil daripada STHEM, Encik Muhamad Nizam Saadin serta staf pentadbiran.