Webmaster 2

Webmaster 2

Oleh: Siti Nor Faizah Binti Mohd Basir.

Melaka – Seramai 8 orang staf Pusat Alumni dan 10 orang sukarelawan yang terdiri daripada pelajar UUM telah menyertai program bersama komuniti di Masjid Ar- Rahmah Melaka iaitu pada 25 September baru-baru ini.

Program Komuniti ini juga melibatkan 15 orang alumni-alumni UUM di kawasan Melaka. Program ini juga disertai 130 orang pelajar Sekolah Rendah Agama (SRA) JAIM dan pelajar Kolej Vokasional Melaka Tengah.  

Pelbagai aktiviti menarik diadakan sepanjang program berlangsung seperti motivasi Dhuha  oleh sukarelawan kepada pelajar-pelajar Sekolah Rendah Agama (SRA) JAIM, gotong-royong, pameran agensi dan jom masuk universiti serta pemeriksaan kesihatan percuma.

Selain itu, turut diadakan sesi perkongsian pengalaman di UUM oleh alumni-alumni UUM yang bekerja di Usrah Associates Melaka kepada pelajar-pelajar Kolej Vokasional Melaka Tengah.

Seterusnya, majlis perasmian program yang dirasmikan oleh Pengarah Pusat Alumni UUM, Profesor Madya Dr. Lily Julienti Abu Bakar. Menurut beliau faedah program ini bersifat dua hala yang mana bukan sahaja penduduk setempat dan warga pelajar memperoleh ilmu pengetahuan, malahan pelajar juga dapat meningkatkan kemahiran komunikasi dan pindahan ilmu serta mendapat peluang untuk melibatkan diri secara aktif dengan komuniti.

Menurutnya, menerusi aktiviti komuniti seperti ini juga dapat mengeratkan hubungan diantara alumni-alumni UUM dengan universiti. Di samping dapat berkongsi ilmu bersama-sama dengan masyarakat tentang pengalaman semasa berada di universiti sesuailah dengan motto UUM iaitu Ilmu, Budi dan Bakti.

 “Seterusnya, beliau berkata dengan budi yang disemai, berbuatlah bakti kepada masyarakat. Apa guna ilmu dan budi jika kita tak dapat berbakti kepada agama, bangsa dan negara.”

Sementara itu, turut diadakan penyampaian sumbangan kepada pelajar-pelajar asnaf Sekolah Rendah Agama (SRA) JAIM yang berbentuk peralatan sekolah dan sumbangan kepada rakan kolaborasi Pusat Alumni UUM.

Manakala, pada sebelah petangnya pula Pusat Alumni UUM bersama sukarelawan serta alumni-alumni UUM telah mengadakan satu lawatan menyantuni Anak Bangsaku di Pertubuhan Kebajikan Anak-Anak Harapan (PETAH). Dalam lawatan ini, Pusat Alumni telah memberi sumbangan berbentuk minuman petang (KFC) kepada penghuni yang terdiri daripada kanak-kanak yang berusia lingkungan 3 hingga 5 tahun.

Program komuniti ini juga turut mendapat kerjasama penuh daripada ahli jawatankuasa masjid Ar-Rahmah Melaka dan Syarikat Usrah Assocites.

 

 

Oleh : Siti Nor Faizah Mohd Basir.

UUM ONLINE: Seramai 64 pelajar Kolej Agama Sultan Abdul Hamid (KASAH) menyertai program Pembangunan Minda Keusahawanan Kontemporari di Universiti Utara Malaysia (UUM) selama dua hari, baru-baru ini.

Program yang disertai oleh pelajar aliran keusahawanan KASAH itu turut melibatkan 5 guru pengiring kolej berkenaan dan 11 fasilitator di kalangan pelajar UUM yang turut sama membantu menjayakan program ini.

Pelbagai aktiviti dan slot menarik diadakan sepanjang program berlangsung seperti slot perkongsian pengalaman usahawan daripada alumni UUM, slot inovasi kreatif usahawan, slot usahawan dan media sosial, permainan sukan golf dan lawatan di sekitar UUM.

Sementara itu, Pengarah Pusat Alumni UUM, Prof. Madya Dr. Lily Julienti Abu Bakar berkata, program keusahawanan seumpama ini dapat memupuk minat pelajar untuk terus menceburi bidang keusahawanan kelak di samping melakukan inovasi baharu yang mampu bersaing dengan pasaran luar.

“Atas kesedaran ini, program ini diadakan bagi melahirkan pelajar yang kreatif dalam melakukan inovasi baharu seiring dengan perkembangan teknologi dan saya berharap agar pelajar dapat memanfaatkan ilmu yang mereka perolehi ini sebaik mungkin,” katanya.

Tambahnya, Universiti sedia bekerjasama berkongsi ilmu, kemahiran dan pengalaman dengan agensi luar demi pembangunan agama, bangsa dan negara.

Majlis penutupan program ini yang telah disempurnakan oleh Dr. Lily Julienti turut dihadiri Pengetua KASAH, Mohd Haris Faiza Abd Aziz Al-Hafiz, Timbalan Pengarah Pusat Alumni UUM, Halim Md Yatim, Pengetua Inasis Yayasan Al-Bukhari dan Bank Mualamalat UUM, Mohd Ilyas Soffian.

Dapatkan Kad Kredit-i BSN-UUM Al-Aiman Mastercard eksklusif untuk warga Universiti Utara Malaysia!

Nikmati penjimatan hebat dengan yuran pengurusan sebenar yang rendah serta pelbagai ciri-ciri menarik:

  • Kadar serendah 9.95% setahun
  •  Yuran tahunan percuma
  • Tanpa caj yuran pengurusan berganda
  •  Pelan Pindahan Baki serendah 0% untuk 6 bulan
  •  BSN Happy Points bagi setiap perbelanjaan RM1
  •  Kod promosi setiap bulan untuk Jualan Shopee, Lazada, Zalora, dan lain-lain rakan niaga
  •  Diskaun eksklusif untuk hotel, restoran, butik, platform e-dagang dan lain-lain

    Kelayakan Kad:
    • Komuniti / Alumni UUM warganegara Malaysia.
    • Kad Emas - Pendapatan minimum: RM24,000 setahun / RM2,000 sebulan
    • Kad Platinum - Pendapatan minimum: RM60,000 setahun / RM5,000 sebulan

    Berminat untuk memohon, layari www.bsn.com.my/page/UUM

    Jangan lupa untuk war-warkan pada rakan-rakan UUM yang lain ya!

    *Tertakluk pada terma dan syarat.

    #alumniUUM #kadkreditUUM #kadarrendah
    #KadKreditBSN
Thursday, 28 July 2022 14:31

SOLAT JUMAAT

Event Details:

Contact : 04-928 4036/4038

Page 67 of 84