UUM ONLINE: Pusat Alumni Universiti Utara Malaysia (UUM) telah menziarahi alumni universiti ini, Nor Azaharah Soffia Abbas yang menghadapi masalah kesihatan di kediamannya di Perak.Nor Azaharah yang merupakan suri rumah dan graduan Ijazah Sarjana Muda Kewangan UUM tahun 2010 kini menghidap penyakit buah pinggang tahap tiga dan perlu menjalani rawatan dialisis sebanyak tiga kali seminggu.
Berita penuh, layari https://uumtoday.com/general-news/tabung-kebajikan-alumni-ringankan-beban-alumni-sakit-buah-pinggang/
Sekalung Tahniah
Tahniah diucapkan kepada YBrs. Tuan Haji Rahman Mohd Din, Alumni Universiti Utara Malaysia (UUM), Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan dengan Kepujian (1993) dan Sarjana Sains (Pengurusan) (2003), atas pelantikan sebagai Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar dan Pemantauan), Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi.
Sekalung Tahniah
Tahniah diucapkan kepada YBrs. Tuan Haji Azam Sulaiman, Alumni Universiti Utara Malaysia (UUM), Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan dengan Kepujian (1990) dan Sarjana Pentadbiran Perniagaan (2003), atas pelantikan sebagai Timbalan Pegawai Eksekutif Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM).
Sekalung Tahniah
Tahniah diucapkan kepada Encik Izamael Zamzuri bin Ismail, Alumni Universiti Utara Malaysia (UUM), Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan dengan Kepujian (1998), atas pelantikan sebagai Pengarah Bahagian Governan IPTA, berkuat kuasa 16 April 2025.