Webmaster 2

Webmaster 2

UUM ONLINE: Pusat Alumni Universiti Utara Malaysia (UUM) telah dipilih menjadi tuan rumah bagi Mesyuarat Majlis Alumni Universiti Awam (MALUMNI) Bil. 4/2025 dan Bengkel MALUMNI, yang berlangsung di Pulau Langkawi, baru-baru ini.

Program berprestij ini menghimpunkan Pusat Alumni dari semua universiti awam di Malaysia bagi membincangkan agenda strategik dalam memperkukuhkan jaringan alumni serta memperkasakan peranan mereka terhadap pembangunan universiti masing-masing.

Berita lanjut, layari https://uumtoday.com/education/pusat-alumni-uum-perkasa-jaringan-alumni-universiti-awam-melalui-mesyuarat-dan-bengkel-malumni-2025/

 

AMPANG, 13 Oktober 2025: Pusat Zakat dan Wakaf (PZW) Universiti Utara Malaysia (UUM) terus memperkukuh jalinan dengan alumni apabila Pengarahnya, Dr. Mohamad Zulkurnai Ghazali, mengadakan pertemuan bersama Encik Mohd Nizuaisham Mohd Sanif, wakil penyumbang bagi Dana Wakaf Alumni Persatuan Bekas Pelajar MRSM Malaysia (ANSARA) Pioneer Batch Matrik Universiti Utara Malaysia (UUM) 1985/87, di Rumbia Coffee House, De Palma Hotel, Ampang.

Pertemuan ini memberi peluang kepada kedua-dua pihak membincangkan pelaksanaan serta pengurusan sumbangan wakaf alumni dengan lebih sistematik agar manfaatnya dapat disalurkan secara berterusan bagi menyokong kebajikan dan pembangunan pelajar UUM.

Menurut Dr. Mohamad Zulkurnai, komitmen dan keprihatinan Alumni ANSARA Pioneer Batch Matrik UUM 1985/87 jelas menunjukkan sokongan padu terhadap usaha memperkasakan wakaf pendidikan universiti.

“Kerjasama ini membuktikan semangat kebersamaan dan tanggungjawab sosial alumni dalam menjayakan agenda wakaf pendidikan UUM,” katanya.

PZW UUM akan terus memperluas kerjasama strategik bersama alumni dan rakan korporat bagi memperkukuh ekosistem wakaf universiti yang lestari serta memberi manfaat berterusan kepada komuniti kampus dan masyarakat.

 

Berita lanjut, layari https://uumtoday.com/campus-news/alumni-ansara-pioneer-batch-matrik-uum-85-87-terus-sokong-agenda-wakaf-uum/

 

Page 11 of 85