Vice President Malaysian Financial Planners and Advisers Association, Dr Chung Muh Sha selaku ahli panel jemputan telah berkongsi beberapa petua yang diamalkannya semasa menuntut ilmu di universiti seperti menguruskan masa dengan bijak dan mengamalkan tidur yang cukup bagi meningkatkan daya tumpuan dalam pembelajaran.
Selain daripada itu, beliau juga turut berkongsi bagaimana seseorang graduan perlu menghadapi cabaran di alam pekerjaan.
Perkongsian daripada ahli panel berjaya menarik perhatian dan mendapat respon positif daripada penonton yang menyaksikan secara langsung di Facebook rasmi Pusat Alumni.

