Sunday, 04 April 2021 13:57

HE & SHE S.D.N B.H.D WAKILI ALUMNI SERAH SUMBANGAN RM1000

Written by

OLEH: FAIZATUL FAUZI
GAMBAR OLEH: HAFIZAL FAIZ

 

Sintok- Program Alumni Bonding Jom Ngopi @ He & She Coffee cawangan Universiti Malaya berjaya mengumpul sumbangan RM1000 daripada para alumni yang hadir baru-baru ini.

Kutipan sumbangan tersebut dihoskan oleh Pemilik He & She Coffee Encik Zulkiflee Yusof yang merupakan alumni Sarjana Muda Perakaunan tahun 1998.

Encik Zulkiflee menyampaikan draf bank sumbangan itu kepada Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) (TNC HEPA) Prof. Madya Dr. Hendrik Lamsali disaksikan oleh Pengarah Pusat Alumni, Prof. Madya Dr. Lily Julienti Abu Bakar bertempat di Pejabat TNC HEPA.

 

Dalam pertemuan tersebut turut dibincangkan potensi kolaborasi Talent Pipeline Programme antara UUM dengan He & She Sdn. Bhd serta AIA Pension and Asset Management Sdn. Bhd.

Turut hadir adalah General Manager AIA Pension and Asset Management Sdn. Bhd., Puan Nor Daliya Mohd Daud juga merupakan alumni Sarjana Muda Perakaunan pada tahun 1998.